Thursday, August 30, 2007

AWAS

ANDA WASPADA ANDA SELAMAT

HATI-HATI

BERBINCANG BILA BUAT KERJA.........JANGAN TUNJUK KITA SAJA YANG PANDAI

Wednesday, August 22, 2007

LOGO MALAYSIA GEMILANG







RASIONAL LOGO


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara.
Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.
Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan.
Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.
Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

MALAYSIAKU GEMILANG (LAGU)


Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan Tekad mulia, Maju Berwawasan
Mencipta keagungan.
Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta.
Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur.
Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang.


Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

Tuesday, August 21, 2007

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



PERASMIAN OLEH YB DATUK SRI AWANG TENGAH ALI HASAN WAKIL KETUA MENTERI SARWAK

Monday, August 20, 2007

SALAM MERDEKA


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 50.



jaga....jaga..

SALAM UKHWAH DARI PKG MIRI SARAWAK

Dengan kewujudan blog ini dapat menjalinkan hubungan antara PKG seluruh negara dan sekolah-sekolah di malaysia.