Tuesday, September 27, 2011

Kutipan Data SPPICTS setakat hari ini

Mohon perhatian dan tindakan segera bagi sekolah yang masih belum mengisi.


Sekiranya terdapat apa-apa masalah, sila hubungi PKG Miri.

Friday, September 23, 2011

Kutipan SPPICTS 2/2011

Kutipan akan bermula mulai Rabu, 14 Sept 2011 dan akan tamat pada 8 Okt 2011.
Mohon dimaklumkan segera sekiranya terdapat kesulitan.

Harap maklum.

Tuesday, September 13, 2011

LAPORAN STATUS PERLAKSANAAN NILAM SEHINGGA 30 OKTOBER 2011

Untuk makluman ‘hardcopy’ borang Laporan Status Perlaksanaan Program NILAM Tahap Rakan dan Jauhari telah diedarkan ke sekolah pada 12 September 2011.  Bagi memudahkan pengisian laporan ini, di sini kami menyertakan borang ‘softcopy’ yang boleh dimuat turun dari pautan di bawah.  Sila isi dan hantar laporan ini sebelum atau pada 2 November 2011 ke email PKG Miri, pkg_miri@moe.edu.my.  Kerjasama anda amat kami hargai.
Sila klik --> Borang Perlaksanaan Program NILAM

Saturday, July 2, 2011

Kutipan Data SSQS yang terkini


Masih banyak sekolah yang belum lagi mengisi, diharap kita sama-sama menjayakan kutipan kali ini dan kerjasama anda amatlah diharapkan.

Thursday, June 30, 2011

Panduan Mengisi SSQS 2011

Ini merupakan panduan terbaru untuk mengisi SSQS 2011.
Sila klik link di bawah untuk download panduan tersebut.

Panduan mengisi SSQS 2011

Friday, June 24, 2011

iTALC – Intelligent Teaching And Learning with Computers

Apa Itu iTALC?

iTALC ( Intelligent Teaching And Learning with Computers) adalah perisian pengurusan kelas percuma yang membolehkan guru untuk melihat / memantau dan mengawal komputer di makmal komputer / Pusat Akses dan berinteraksi dengan pelajar. Perisian ini boleh menyokong OS Linux dan Windows XP / Vista / 7 dan bahkan boleh digunakan dalam persekitaran campuran telus. Boleh digunakan tampa server..janji ada talian ethernet. Perisian iTALC adalah percuma (Open Source).
Cara untuk install perisian ini pada komputer guru dimakmal komputer, semasa membuat installation set kan master untuk PC guru. Untuk install pada PC murid, jangan set kan master untuk PC murid.

Klik Link ini untuk muat turun iTALC

Kutipan Data SSQS setakat hari ini.


Diharap pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya kerana tinggal seminggu sahaja lagi bagi Zon Sarawak utk mengisi data tersebut supaya tidak terdapat gangguan. Tarikh yang diberikan adalah berdasarkan surat yang diedar, tarikh pada blog ini adalah silap sblm ini dan telah diperbetulkan. Harap Maaf.

Monday, June 13, 2011

KUTIPAN DATA SSQS

Kutipan SSQS dibuka dari 

13 Jun 2011 hingga  3 Julai 2011   (bagi Zon Sarawak, WP Labuan, Sabah)

Mohon semua pihak sekolah mengambil perhatian.
Surat telah diedarkan oleh pihak PPD Miri pada 8 hb Jun 2011.
Hubungi PKG Miri sekiranya terdapat apa-apa persoalan.

Wednesday, May 18, 2011

SEMINAR PKG/PTPB SARAWAK 2011

INI YANG MAHAL...HEEE...HEEE....
DAPAT GAMBAR SORANG SORANG DENGAN DATO' PENGARAH

SEMINAR PKG/PTPB SARAWAK 2011

DITUGASKAN BACA DOA PERASMIAN .....SEMOGA DIMAKBULKAN ALLAH

SEMINAR PKG/PTPB SARAWAK 2011

UCAPAN PERASMIAN Y.BHG DATO' PENGARAH PADA 15 MEI 2011

SEMINAR PKG/PTPB SARAWAK 2011

Gambar kenangan beramai-ramai dengan Dato' Pengarah BTP

Monday, May 16, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

GURU .......
                   DALAM AJARNYA ADA HARAPAN...
                   DALAM TEGURNYA ADA DOA......
                   DALAM MARAHNYA ADA SAYANG.............
                   DALAM TAWANYA ADA TEGASNYA...........
                   DALAM DIAMNYA ADA BIJAKSANA......
                                                              Berbahagialah manjadi guru.....

Daripada: PKG Daerah Miri

Wednesday, May 11, 2011

Borang maklumat Asas Peralatan ICT sekolah

Satu surat beserta borang telah dihantar ke sekolah untuk tindakan  segera

Download borang di sini

Tuesday, May 3, 2011

Perhatian!... Pengisian data SPPICTS

Pengisian data SPPICTS telah dilanjutkan sehingga 4 Mei 2011,
Sehubungan itu bagi pihak sekolah yang belum berkesempatan untuk mengisi sebelum ini
Hendaklah mengisi, sekiranya terdapat masalah, pihak sekolah perlu berhubung dengan pihak pkg
Untuk bantuan.
Sekian terima kasih.

Tuesday, March 29, 2011

Kutipan Data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Dimaklumkan bahawa Kutipan Data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) sudah bermula pada,

27 Mac sehingga 16 April 2011 (kutipan pertama) dan ;

11 September sehingga 1 Oktober 2011 (kutipan kedua)

Sekiranya ada Pertanyaan sila berhubung ke PKG Miri.

Selamat Datang Ke PKG Miri...


Selamat datang kepada Datin Dr. Siti Zaleha Binti Abdullah Sani Pengarah BTP KPM ke PKG Miri sempena program lawatan kerja ke Sarawak pada 24 Disember 2010.

Sesi Bergambar.