Untuk makluman, talian
telefon dan fax meja bantuan Syarikat Bitara Induk Sdn Bhd telah
mengalami kerosakan sementera menunggu pembaikan, syarikat telah
menyediakan satu talian mudah alih di nombor 016 521 8099 untuk
digunakan sebagai talian meja bantuan sementara.
Walaubagaimanapun, emel meja bantuan syarikat masih lagi berfungsi
seperti biasa.
Mohon sekolah untuk melengkap isi Kajian Audit Prestasi Terhadap
Perkhidmatan 1BestariNet dan Perolehan Peralatan ICT ke Makmal Komputer Sekolah
(HP MultiSeat, VDI Thin Client, Chromebook).
Kajian dilaksanakan secara online di alamat URL : http://www.moe.gov.my/bad/icts/index.php oleh pihak sekolah dan perlu
diselesaikan selewat-lewatnya 15 April 2014.
Program Pembelajaran eKelas telah dilaksanakan mulai tahun 2011 di 30 buah sekolah rintis. Program Perkongsian Awam-Swasta antara KPM dan Syarikat Maxis Berhad ini menyediakan persekitaran pembelajaran maya untuk murid Tingkatan 1,2 dan 3 dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Portal tersebut boleh diakses melalui pautan laman web di blog ini atau melalui pautan yang tertera di bawah;
Instrumen ini perlu disikan oleh 2 orang guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan 2 orang guru Bahasa Malaysia, sila hantar hard copy yang sudah di print ke PKG Miri.
PERINGATAN: SILA PRINT DAHULU SEBELUM MENEKAN BUTANG SUBMIT
Bahan Digital Bahasa Malaysia dan English Language