Monday, December 3, 2007

LATIHAN INDUSTRI KOLEJ CHERMAI JAYA KUCHING

Cenderahati kenang kenangan kepada En. Abd Manan daripada PKG Miri

Ucapan perghargaan dan terima kasih oleh En. Abdul Manan
Penyelaras Praktikum

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kolej Chermai Jaya

Cik Lucy

Cik Susan

En. Paeng

En. Andrew

Friday, November 9, 2007

MALAM RAMAH TAMAH AIDIL FITRI PPG MIRI 2 NOV 2007

Selagi bumi ku dipijak
langit ku junjung
aku hanya insan biasa
salah bicara,salah bahasa, salah kata , salah membaca
kemaafan kupinta
Tuan pengarah menyampaikan cenderamata kepada En.Mura kerana akan bersara pada 31 12 2007
Tuan Pengarah menyampaikan hadiah lady of the night

Persembahan nyanyian oleh Cikgu Muhamad Nor dan Cikgu Tressa

Pengarah Pelajaran Sarawak memotong kek raya tanda bermula sambutan diperhatikan oleh Puan Rosnani PPG Miri dan Penolong PPG En. Awang Ahmat

PPG Miri beramah mesra dengan kakitangan


Monday, October 29, 2007

MESYUARAT KEWANGAN BIL2/2007 PTPB MIRI-BINTULU 26 OKT 2007


Mesyuarat di pengerusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Miri - Bintulu
En. Osmat Hj Amit



Tuesday, October 9, 2007

MAJLIS KHATAMAL QURAN SK KPG LUAK MIRI

BERLANGSUNG PADA 04 OKT 2007

Pelajar yang terlibat bacaan khatamal quran

Para ibu bapa dan pelajar


Penyampaian sijil oleh wakil PPG Miri, Sdr Awang Ali dan makanan berbuka puasa oleh Ketua Kaum Kampung Luak Tuan Hj Abang Hamdan dan diperhatikan oleh Guru Besar Cik Hajjah Dayang Mariam

Wednesday, September 26, 2007

PROGRAM KOLABORASI KPM-UNICEF-OGFICE


BENGKEL

LAWATAN KE PUSTAKA MIRI

BENGKEL
BENGKEL

LAWATAN KE PUSTAKA MIRI
HE..HEE.. DAPAT BAJU BARU

TERIMA CENDERAMATA

KUMPULAN UNICEF
( 5 buah sekolah pedalaman)

KUMPULAN OSAKA GAS
( 10 buah sekolah luar bandar)

TANDA KENANG-KENANGAN DARIPADA BTPN SARAWAK KEPADA
TIMBALAN PENGARAH JPN SARAWAK.

Monday, September 17, 2007

FADHILAT BULAN RAMADHAN

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Kiriman : Sdr. Abdullah Morshidi
Pkg Baram
Kutipan DARIPADA Fadhilat Bulan Bulan Islam

Wednesday, September 12, 2007

SALAM RAMADHAN



Assalammualaikum..........


"Sesungguhnya aku merinduimu, saat ternanti-nanti kehadiranmu & insyaallah jika jodoh kita tak lama lagi pasti kita bertemu...,Wahai "Bulan Ramadan"'


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK, SEMOAGA KITA SENTIASA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH SWT...
AMIINN........

Thursday, September 6, 2007

MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN EN.ANCHA AK SAMBANG

BERGAMBAR KENANG-KENANGAN BERSAMA EN.ANCHA DAN ISTERI.BELIAU BERKHIDMAT LEBIH 35 TAHUN SEBAGAI PEMANDU KENDERAAN. KAMI WARGA PTPB DAN RANGKAIAN MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT YANG BELIAU SUMBANGKAN SELAMA INI.



EN.ANCHA MENERIMA SIJIL DAN TANDA KENANGAN-KENANGAN DARIPADA EN.AWANG @ IBRAHIM B. AHMAT PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN GABUNGAN MIRI DAN DIPERHATIKAN OLEH EN.OSMAT B HJ AMIT PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN MIRI BINTULU.



Wednesday, September 5, 2007

MESYUARAT KAJIAN



(DARI KIRI EN.ABDULLAH (PKG BARAM) EN. AWANG ALI (PKG MIRI) EN. MUHD SAFUAN (PKG BINTULU) EN. SANAM (PKG SUBIS)


PERBINCANGAN ANTARA EMPAT ORANG PEGAWAI PKG BAHAGIAN MIRI BINTULU DALAM MERANCANG PERJALANAN KAJIAN DI SEKOLAH.

Sunday, September 2, 2007

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK



AHLI KONTINJEN JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK.


DIANGGOTAI OELH KETUA SEKTOR, PENGETUA, GURU BESAR DAN PEGAWAI- PEGAWAI DARI PPG MIRI. SEBAGAI KOMANDAN PERBARISAN, SAYA MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG BAIK DAN SEMANGAT YANG TINGGI DARI SEMUA AHLI KONTINJEN.


KIRI.......KANAN.....KIRI......KIRI.......KIRI......BERHEN........TI.......CHEK UP...... PRRRAAP


Thursday, August 30, 2007

AWAS

ANDA WASPADA ANDA SELAMAT

HATI-HATI

BERBINCANG BILA BUAT KERJA.........JANGAN TUNJUK KITA SAJA YANG PANDAI

Wednesday, August 22, 2007

LOGO MALAYSIA GEMILANG







RASIONAL LOGO


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari Jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara.
Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50.
Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan.
Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.
Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

MALAYSIAKU GEMILANG (LAGU)


Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan Tekad mulia, Maju Berwawasan
Mencipta keagungan.
Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta.
Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur.
Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang.


Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

Tuesday, August 21, 2007

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



PERASMIAN OLEH YB DATUK SRI AWANG TENGAH ALI HASAN WAKIL KETUA MENTERI SARWAK

Monday, August 20, 2007

SALAM MERDEKA


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 50.